Tuesday, 19 February 2013

Cameron Highlands, Tempat Perpisahan.

Kami telah kenal selama lebih kurang 4 tahun. Hubungan kami mula rapat ketika aku berada di tingkatan 3 dan dia berada di tingkatan 4. Setelah lama berkenal. Pada suatu hari, emak mengajak aku pergi majlis perkahwinan anak saudaranya di Felcra Sekijang. Pada masa itu, aku akan mengambil Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) dan dia akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Aku mengajaknya pergi ke majlis tersebut dengan keizinan emak dan abah. Itulah kali pertama aku membawa dia keluar dan secara sertamerta aku bawa dia berjumpa sebahagian daripada anggota keluarga aku. Sepanjang di dalam kereta, dia sibuk membaca buku rujukan Biologi untuk mengulangkaji pelajaran tapi aku hanya duduk bersenang lenag di dalam kereta. Pada waktu itu, aku hanya tersenyum melihat kelakuannya. 

Hari demi hari, kami saling berjumpa dirumah. Dia memanggil emak aku dengan panggilan emak, dan abah dengan panggilan abah. Sama seperti aku panggil kedua ibu bapaku. Emak dan Abah selesa dengan dia kerana dia seorang yang peramah, dan sering membatu emak. Lama kelamaan kami semakin rapat, bahkan bagai sebuah keluarga. 

Emak mengajak aku dan kakak-kakak aku, Hikmah dan Sidah pergi ke majlis perkahwinan anak saudaranya di Keluang. Masa itu terdapat satu lagi ruang. Aku sekali lagi meminta kebenaran emak untuk membawanya. Emak megizinkan. Dia mengikut kami ke majlis itu. Selepas pulang daripada majlis itu, emak mengajak kami pulang ke kampung , seterusnya pergi rumah angah dan sebelum pulang kami singgah ke rumah along kerana semuanya sudah di dalam satu jalan. Dia langsung tidak kisah, bahkan dia suka kerana dapat berkenalan dengan ahli keluarga aku. 

Semasa aku berada di tingkatan empat, hubungan kami semakin akrab. Seperti orang bercinta dan kami selalu bertemu dan keluar bersama jika kakak aku mahu keluar. Tetapi dia tidak pernah melamar aku sebagai kekasihnya. 17 Jun, itulah tarikh Hari Ulang Tahun Kelahiran Abah dan Hari Ulang Tahun dia juga. Pada Tarikh itu, emak dan abah mengajak dia keluar makan di Kedai Ikan Bakar, IOI Segamat. Abah menjemputnya di rumah. Kami makan bakso sotong malam itu. Setelah selesai, abah hantar dia pulang. Aku juga menempah kek hari lahir untuknya. Aku bagi untuk satu kelas meraikan Hari Ulang Tahunnya, walaupun aku tidak dapat ikut serta dalam majlis itu. Tapi aku bahagia apabila melihat dia bahagia. 

Hari berganti hari, aku dengan dia bagai insan yang takdapat dipisahkan. Tetapi, semasa disekolah kami tidak pernah berjumpa. Kalau berjumpa pun, hanyalah kerana aku ingin memberinya kuih yang aku masak khas untuknya. Kerana aku suka masak untuk orang yang aku sayang.

Sekolah aku ada membuat lawatan sambil belajar ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Aku mengajaknya pergi. Dia setuju, tetapi dia sudah beritahu kepada aku terlebih dahulu bahawa dia tidak boleh bersama aku. Dia akan duduk bersama rakan perempuan nya yang lain. Seorang perempuan cina. Aku terima, asalkan dia mahu pergi. Walaupun pada hakikatnya hati ini bagai sudah tertusuk besi panas.

Hubungan kami bagaikan tergantung apabila dia hanya mendiamkan diri. Seperti permintaannya dia tidak mahu diganggu. Kerana dia sibuk dengan SPM. Dia mahu menumpukan perhatian dengan mengulangkaji pelajaran. Dia selalu berfikir, dia bukan seorang yang pandai, dia selalu tidur lambat untuk megulangkaji pelajaran. Aku terima, kerana aku mahu yang terbaik untuk masa depannya. Aku menanggung kerinduan yang berat untuk diungkapkan kerana aku takmahu dia tahu yang aku merindukan dia. 

Sehinggalah pada hari kami mahu pergi ke Cameron Highland. Kami masih lagi tidak berhubung. Ketika melihat dia, aku hanya terdiam. Aku hanya membuat reaksi yang tidak membebankan kepalanya. Kami menaikki bas yang sama. Aku duduk di belakang. Tetapi dia duduk di hadapan dengan rakan yang dia pernah beri tahu aku. Hati aku hancur, sakit yang tidak dapat digambarkan kerana melihat mereka duduk bersama. Dia buat aku seperti tunggul kayu yang tidak mempunyai perasaan kerana dia membiarkan aku melihat mereka. Walaupun mereka hanya kawan tapi aku tidak dapt mengikis perasaan cemburu yang menebal dalam diri aku ini.

Dia masih lagi mendiamkan diri. Aku hanya mampu melihat mereka. Sehingga lah sampai waktu malam, dia masih lagi duduk dengan rakan nya itu. Aku mengalirkan airmata kerana aku tidak sanggup melihat orang yang aku sayang duduk dengan perempuan lain, sedangkan ada tempat kosong di sebelah lelaki. Sepanjang perjalanan menuju ke Cameron Highland aku hanya mampu menangis dan menagis. Aku peluk rakan aku yang sedang tidur disebelah kerana tagisan aku tidak dapat dikawal. Raihan, sahabatku. Dia memeluk aku dan memujuk aku supaya tidak menagis. Aku berusaha untuk menghentikan tangisan aku, tapi aku tidak mampu. Tangisan ini terlalu berat untuk aku. 

Raihan tidak tahan melihat airmata yang terus mengalir di pipi aku. Raihan bangun dan panggil dia. Dia datang dan duduk disebelah aku. Dia tanya, "kenapa awak menagis? kenapa? kenapa?! sebab ini saya taksuka. Awak terlalu sensetif. Mulai hari ini kita tidak ada apa-apa lagi !". Hati aku luluh berderai, aku terus terusan menagis masa itu. Malam itu, aku hanya bertidurkan airmata. Sehingga airmata aku kering dan mata aku menjadi lebam kerana terlalu banyak menangis. Aku cuba merasionalkan kembali diri aku.

Selama 3 hari 2 malam, Cameron menjadi kenangan yang paling buruk untuk aku. Setiap kali aku melihat dia, aku berpura-pura dalam keadaan yang baik-baik. Berpura-pura kegembiraan bersama kawan-kawan aku. Mereka berusaha menggembirakan aku. Sedangkan hati ini berkecai keping-keping. Aku rasa seperti mahu balik. Malam terakhir berada di Cameron, mak menelefon aku. Masa itu aku masih lagi menagis. aku terus mengangkat telefon, "mak, dia jahat buat orang macam ni ! Dia duduk dengan perempuan lain. Dia tak jaga hati orang ! Dia buat orang menagis mak ! Dia jahat ! Kejam ! Orang benci dia mak ! ". Emak hanya mampu berkata, "Sudahlah Dayah, buktikan kau mampu hidup tanpa dia". Kata-kata mak yang aku tak mampu lupakan.

Hari terakhir aku berada di Cameron. Baharat Tea, tempat terakhir aku bermanis muka dengan dia. Senyuman itu, senyuman terakhir aku untuknya sebagai ucapan Selamat Tinggal dan Terima kasih aku kepada die kerana telah menjadi sebhagian daripada hidup aku dan menjadi orang yang banyak berkongsi kenangan manis dan pahit bersama. Terima kasih awak, terima kasih untuk segala-galanya. 

Sejak daripada haritu, aku lari daripada berjumpa dengan dia. Tapi aku tetap menghantar SMS kepadanya. Dia bukan musuh aku, tetapi dia adalah sebahagian daripada kenangan manis aku.

Thursday, 14 February 2013

AYAM ? huh ! memang taklaaaaahhhh

(kacak kan gambar ayam ni ? macam macho sangat je dia. hehe.)

          ** kelas tambahan sains **

Macam biasalah, kelas tambahan , memang budak-budak semua taknak pergi . Yang ada dalam kelas tu berapa orang saje. Yang pastinya muka yang sama dan yang pastinya aku mesti datang . Kenapa aku datang ? mestilah sebab aku nak menuntut ilmu , lagipun , bukan senang cikgu nak turun petang semata-mata nak ajar pelajar ni . Kalau cikgu boleh turun petang , maka AKU PUN BOLEH ! (hehehehe) . Kalau kelas petang ni , cara pembelajarannya lebih santai . Tu yang aku suka . Kadang-kadang cikgu tunjukkan macam-macam video . Memang seronok lah kan. 

Pernah sekali tu, cikgu tunjukkan video cara ayam diproses di luar negara (cara tak halal dimakan lah) . Euwww. Nak termuntah rasanya. Zalimnya orang-orang tu buat ayam tu. Dia main campak-campak je ayam tu. Lepastu masuk kan dalam Kilang dia. *bayangkan* ayam tu belum disembelih lagi, dia celup dalam air panas, lepastu die tanggalkan bulunya dalam keadaan masih hidup, akhir sekali barulah die sembelih ayam tu. Tu pon, mesin yang sembelih, bukan manusia. Jadi, memang tak halal lah kan ? Nak ke makan ayam yang cara sembelihnya macam tu ?

yang ini cara halal punya. tapi hanya sebagai gambaran apabila ia dibuat dengan zalim.

Cikgu aku cakap, ayam-ayam ni semua akan dijadikan makanan yang kita makan tu. Yang paling utama, makanan ringan macam KFC, McD, dll. yang dibanggakan sangat tu. 
(nampak sedap)

Haa.. nampak sedap kan ? tapi bayangkan kalau ayam tu diproses dengan cara yang kejam tu ? memang taklah nak telan kan ayam ni ..

Semenjak daripada video yang cikgu tunjukkan tu, aku dah tak makan ayam dah. Tiap kali nak makan teringat-ingat balik video yang cikgu tunjukkan tu. Ya Allah, tak boleh hilang daripada ingatan aku ni . Aku berterusan tak makan ayam. 

Taklama jugak, lepastu aku nak cuba makan ayam semula. Tengok orang makan macam sedap je. Satu hari tu, mak aku bawak balik lauk kenduri . Ada lauk ayam laaa.. macam sedap jee aku tengok. Okay, dah lame tak lepas kan gian dekat ayam ni. Aku pon makan lah dengan rakus dan tanpa berhati-hati. 


ayam masak lemak kau tahu ? nampak mengiurkan kan bile tengok ? macamtuu lah bila aku nampak ayam kenduri atas meja. 

**sedang asyik makan**

eeeee.. ape ni ? ape ni ? ape ni ? (dalam hati) aku belek-belek bende pelik yang ada dalam lauk ni. Dengan menggunakan kuasa mata empat aku ni, aku nampak bulu ayam dan sisik kaki ayam tu dalam makanan aku. Ya Allah, tak bersih . Tak bersih kau tahu makanan ni ?! aku dah masuk perut dah. Lepastu aku terus berhenti makan. Buang semua lauk tu. 

Mulai hari itu, aku dah mula rasa "double eyuckk" dengan ayam. Geli kott makan makanan macam itu. Setiap kali pergi pasar / pasaraya aku mesti tengok ayam dia betul-betul. Biasanya ayam dekat pasaraya ni dah kuning .

 eeee.. kuning kan ? Kalau dah kuning tu, mestilah ayam nya dah lama kan ?

 Kalau belanja dengan mak aku, mak aku tanya aku nak ayam tak , memang sah jawapan aku , "Takpayah lah mak, kita makan ikan je. Ayam kat sini tak elok". Mak aku memang takbeli lah. Haha. Mak aku beli ayam masa aku tak ikut dia pergi belaja saje. Padah bila anak dah anti ayam.

Konklusinya, tahu kan kenapa aku takmakan ayam ? Sebab, banyak sebab. Aku bukan nak syorkan supaya korang takpayah makan ayam, tapi kurangkanlah makan ayam dan lebihkan lah makan ikan. ikan sumber protein yang baik untuk badan, dan kepada pelajar sekolah.. bagus makan ikan. Macam aku.

Sebab semua sebab-sebab yang diceritakan dengan tragis tersebut, aku tak makan ayam dah sekarang. Aku makan ikan saje. Makan lah jugak ayam, tapi tak bayak lah. Tu pon makan bila dah takde makanan dan bila mak aku memang masak lauk ayam takde lauk lain. 


**SEKIAN**

Tuesday, 12 February 2013

Babak Pertama ; Salam Perkenalan

Assalammualaikum w.b.t

Hi, saya Dayah, boleh panggil makcu kalau nak, ikut korang punye suke. Kalau dengan aku panggil aku/kau je, lebih selesa kan? tapi yang lebih tua tu gelarkan lah diri abang/akak nampak dihormati dan saling menghormati kan? (budi bahasa budaya kita, janji dicapati! hehehehe) yg muda tu, means below 17 boleh paggil akak kalau nak lah. okay, taknak cakap panjang lebar. Kalau aku rajin, aku akan update blog ni.. aku akan cerita kan cerita yang menarik boleh dikongsikan dan beberapa tips untuk belajar maybe :)

Salam Muhibbah, Salam Perkenalan daripada Makcu Dayah ^^, bye.

*boleh gelak guling-guling kalau bace ayat aku paling sopan ever ni.